KUALA LIPIS. 29 Ogos 2020 Bersamaan 10 Muharam 1442 Hijrah – Solat Jumaat di Masjid Baru Benta merupakan yang pertama diadakan di masjid itu semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa pada 18 Mac lalu.
Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Leftenan Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaku Timbalan Yang Dipertua, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang turut hadir bagi bersama-sama para jemaah menunaikan solat Jumaat di masjid itu. Ketibaan YAM Tengku Panglima Raja disambut oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam dan Pendidikan Negeri Pahang.
Para jemaah menzahirkan kesyukuran serta kegembiraan kerana dapat menyempurnakan ibadat tersebut, namun begitu mereka tetap mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.