Kontraktor-kontraktor bumiputera Kelas F atau G1 yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) di bawah kepala 1 sub kepala 1 dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) yang beralamat di Daerah Pekan serta masih dibenarkan membuat kerja-kerja Sebutharga adalah dipelawa untuk menyertai sebutharga di bawah ini:
CADANGAN BAGI KERJA-KERJA UBAHSUAI DAN MENAIKTARAF STOR UNTUK DIJADIKAN RUANG KERJA SERTA LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI IBU PEJABAT MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG, KISHAS, 26600 PEKAN, PAHANG DARUL MAKMUR.
- Dokumen sebutharga boleh diperolehi selepas lawatan tapak pada hari bekerja dari 25/06/2026 hingga 02/07/2026 antara jam 8.30 pagi -12.30 t/hari dan 2.30 ptg–4.30 ptg di Kompleks Islam Sultan Haji Ahmad Shah, Jalan Istana Permai, 26600 Pekan, Pahang Darul Makmur
- Taklimat dan lawatan tapak akan diadakan pada 25/06/2026. Sila berkumpul di perkarangan Ibu Pejabat MUIP (depan Dewan Utama) pada jam 10.00 pagi
- Kehadiran adalah WAJIB. Hanya penama di dalam sijil MOF/CIDB sahaja yang dibenarkan hadir