Permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia (Keutamaan Rakyat Negeri Pahang) yang berkelayakan dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang. Keutamaan adalah diberikan kepada calon-calon yang mempunyai kelulusan yang baik dalam pengetahuan Agama Islam.
| NO. | JAWATAN | GRED | TAWARAN JAWATAN | JADUAL GAJI | KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN |
|---|---|---|---|---|---|
| 1 | PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT | FA5 | TETAP/KONTRAK | MIN : RM1,650.00 MAKS : RM 6,620.00 | RM 145.00 |
| 2 | PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM | S5 | TETAP/KONTRAK | MIN : RM1,650.00 MAKS : RM 6,620.00 | RM 145.00 |
| 3 | PENOLONG AKAUNTAN | W5 | TETAP/KONTRAK | MIN : RM1,650.00 MAKS : RM 6,620.00 | RM 145.00 |
| 4 | PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) | N1 | TETAP/KONTRAK | MIN : RM1,500.00 MAKS : RM 4,680.00 | RM 100.00 |
| 5 | PEMBANTU KHIDMAT AM | H1 | TETAP/KONTRAK | MIN : RM1,500.00 MAKS : RM 4,680.00 | RM 100.00 |
Syarat Umum
- Warganegara Malaysia; dan
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan
- Penaklukan di bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan dan Kemudahan-Kemudahan :-
- Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan yang berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa
- Kemudahan seperti Cuti Rehat Tahunan, faedah rawatan perubatan, pinjaman, bantuan sara hidup (COLA) dan sebagainya tertakluk kepada peraturan Kerajaan yang sedang berkuatkuasa
Tarikh Tutup Permohonan: 30 April 2026