Sedekah

Sedekah sebenarnya mempunyai maksud yang cukup luas dalam Islam. Secara mudahnya, ia boleh didefinisikan sebagai pemberian oleh seseorang kepada orang lain yang memerlukan dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. sama ada pemberian itu ditujukan kepada fakir miskin, sanak-saudara, mahupun untuk kepentingan fi sabilillah.

DALIL PENSYARIATAN SEDEKAH

Al-Quran

Firman Allah SWT :

Yang bermaksud: “Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (Surah al-Baqarah: 271)

Yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.” (Surah al-Hadid: 18)

Firman Allah SWT :

“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan, atau mendamaikan di antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar.” (Surah An-Nisa’ : 114)

Kelebihan Sedekah

Allah melipatgandakan pahala kepada orang yang bersedekah.

Allah SWT berfirman yang bermaksud : “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya. (Surah al-Baqarah: 261)

Allah SWT memuliakan orang yang bersedekah.

Allah SWT menjanjikan banyak keutamaan dan balasan kepada mereka yang suka memberi (bersedekah). Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah.” (Riwayat al-Bukhari)

Sedekah dapat menghapuskan dosa.

Hadis daripada Muaz bin Jabal r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (Riwayat al-Tirmizi). Namun demikian, penghapusan dosa dengan sebab sedekah di sini mestilah disertai dengan taubat atas dosa yang telah dilakukan.

Sedekah menjauhkan seseorang dari api neraka

Sedekah itu walaupun sedikit, tetapi mampu menjauhkan kita dari api neraka. Semakin banyak sedekah, semakin jauh kita darinya. Hadis daripada Aisyah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:“Jauhilah api neraka, walau hanya dengan bersedekah sebiji kurma.” (Riwayat Ahmad)

Harta orang yang suka bersedekah tidak akan berkurang.

Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya.” (Riwayat Muslim)

Orang yang bersedekah akan mendapatkan naungan di hari akhirat.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda berkenaan 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan di hari akhirat salah satunya adalah yang bermaksud: “Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, ia menyembunyikan amalnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.” (Riwayat al-Bukhari)

Terdapat pintu syurga yang hanya akan dapat dimasuki oleh orang yang bersedekah.

Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jika dari golongan yang gemar bersedekah akan dipanggil dari pintu sedekah.” (Riwayat al-Bukhari)

BAGAIMANA JIKA ORANG MISKIN INGIN BERSEDEKAH

Umat Islam tidak kira kaya atau miskin digalakkan bersedekah mengikut kemampuannya. Bagaimanapun, orang miskin yang bermurah hati hendak bersedekah, bersedekahlah ala kadar, asalkan tidak menyusahkan diri sendiri dan orang yang menjadi tanggungannya. Selepas itu, kalau ada yang berlebih daripada yang diperlukannya, barulah boleh disedekahkan sebahagian daripadanya kepada orang lain. Hal ini diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila seseorang daripada kamu dalam keadaan miskin (dan dia hendak bersedekah), maka hendaklah dia terlebih dahulu mengutamakan keperluan dirinya sendiri. Kalau ada yang berlebih, hendaklah disedekahkan kepada anak isteri dan orang yang ditanggung nafkahnya. Kalau ada juga yang berlebih, hendaklah disedekahkan kepada kerabatnya (atau kepada orang yang ada pertalian kerabat dengannya). Kalau ada juga yang berlebih, maka hendaklah disedekahkan kepada orang lain yang memerlukan bantuan, yang ada di sana sini.” (Riwayat Ahmad)

Nilai Murni

Kesungguhan

1. Bekerja tanpa mengira masa
2.Melaksanakan tugas dengan
   penuh dedikasi

Bersih

1. Tidak mengamalkan pilih kasih
    dalam melaksanakan tugas
2. Melaksanakan tugas dengan
    jujur dan amanah
3. Menganggap rasuah sebagai
    penyakit

Amanah

1. Amanah dalam melaksanakan
    tugas dan tanggungjawab yang
    diberikan.
2. Mempunyai akauntabiliti yang
    tinggi

Penyayang

1. Sentiasa membantu orang ramai
    yang memerlukan bantuan
2. Saling bekerjasama

Proaktif

1. Sentiasa mengambil insiatif awal
    untuk mengelakkan masalah
    timbul
2. Sentiasa bekerjasama dengan
    lain-lain agensi
3. Sentiasa mengambil
    langkah/tindakan pencegahan

Cekap

1. Mempunyai kemahiran yang
    tinggi
2. Kemahiran yang pelbagai
    (multi-skill)
3. Tindakan dilaksanakan dengan
    cepat dan cekap
4. Mempuyai ilmu pengetahuan
    yang luas

Sikap Yang Baik

1. Menghargai pelanggan dan
    orang ramai
2. Menyayangi organisasi sebagai
    tempat sumber rezeki
3. Bekerja sebagai satu pasukan
    (team work)

Piagam Pelanggan

Kami warga MUIP sentiasa bersedia untuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang, berkualiti tinggi, jujur, amanah serta sentiasa menghargai pelanggan-pelanggan kami berasaskan kepada sahsiah, keperibadian dan akhlak yang dituntut oleh syarak.

Setiap permohonan bantuan zakat akan diteliti dengan seadil-adilnya.

Meningkatkan tahap pengurusan dan kualiti pendidikan pra-sekolah

Membantu dalam pengurusan masjid, surau dan kubur.

Pengurusan wakaf dilaksanakan dengan penuh berintegriti.

Pengurusan program-program dakwah yang bersistematik

Memberi kemudahan kepada asnaf-asnaf yang memerlukan.

Meningkatkan sistem dan aplikasi yang sedia ada.

Ketua Agama

Asas penubuhan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang sebagaimana yang termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang – Perkara 24(1) Bahagian 1 iaitu Raja Pemerintah Ketua Agama Negeri

Ahli Majlis

MUIP juga memastikan amalan tadbir urus koporat sentiasa konsisten dengan standard amalan yang dipraktikkan di Malaysia serta turut memastikan penerapan amalan terbaik dalam syarikat-syarikat pelaburannya.

Jawatan Kuasa Tetap

Mengkaji dan mengemas kini strategi, dasar, polisi dan hala tuju Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang….

Pengurusan & Pentadbiran

Carta Pengurusan & Pentadbiran Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang

Struktur Organisasi

Carta Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang

BAGAIMANA UNTUK SALURKAN SEDEKAH ANDA

Umat Islam yang ingin bersedekah boleh membuat sumbangan di kaunter Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang atau secara atas talian di pautan dibawah.

Semoga sumbangan sedekah anda dan keprihatinan anda akan diberikan ganjaran oleh Allah SWT.

Carta Organisasi Majlis
Skip to content