- Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia (keutamaan Rakyat Negeri Pahang) yang berkelayakan dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang. (Perempuan Sahaja)
Bil. | Jawatan | Taraf Jawatan |
---|---|---|
1. | Pengasuh Taska | Kontrak |
2. Syarat Lantikan
- Calon- Calon yang dilantik hendaklah memilikikelayakan seperti berikut:-
- Keutamaan bagi Yang Memiliki Sijil Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Calon-Calon hendaklah berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
- Syarat Tambahan :
- menetap di sekitar Daerah Pekan.
- Berkeupayaan dan berkebolehan menjaga kanak-kanak
- Sihat dan berupaya menjalankan tugas sebagai pengasuh
Tarikh :14 Januari 2025