- Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia (keutamaan Rakyat Negeri Pahang) yang berkelayakan dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.
Bil. | Jawatan | Taraf Jawatan |
---|---|---|
1. | PEGAWAI TADBIR | Contract Of Service (COS) |
2. | PEGAWAI SYARIAH | Contract Of Service (COS) |
3. | JURUAUDIT | Contract Of Service (COS) |
4. | PENOLONG PEGAWAI TADBIR | Contract Of Service (COS) |
5. | PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT | Tetap / Contract Of Service (COS) |
6. | PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) | Contract Of Service (COS) |
7. | PEMBANTU KHIDMAT AM | Tetap / Contract Of Service (COS) |
- Syarat Umum
- Warganegara Malaysia; dan
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan.
- Penaklukan di bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan Dan Kemudahan-Kemudahan :-
- Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan yang berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat keatasnya dari semasa ke semasa.
- Kemudahan seperti Cuti Rehat Tahunan, faedah rawatan perubatan, pinjaman, bantuan sara hidup (COLA) dan sebagainya tertakluk kepada peraturan Kerajaan yang sedang berkuatkuasa.
Tarikh :23 Jun 2025