- Tawaran ini dipelawa kepada individu ATAU syarikat bumiputera yag berdaftar dengan SSM ATAU Koperasi yang berdaftar dgn SKM.
- Tawaran sewaan adalah terbuka sepanjang tahun tertakluk kepada kekosongan hartanah.
- Maklumat hartanah (tapak tanah) dan hartanah (premis) adalah seperti pautan Maklumat Lanjut dibawah.
- Pemohon yang berminat perlu mengemukakan surat hasrat untuk sewaan dengan menyatakan tujuan sewaan.
- Pemohon yang berminat juga boleh mendapatkan borang permohonan sewaan di portal https://muip.gov.my/ ATAU di Pejabat Pengurusan & Pembangunan Harta, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.
- Pihak MUIP hanya akan memproses Borang Permohonan Sewaan yang lengkap dengan dokumen yang dinyatakan.
- Permohonan yang tidak mendapat sebarang jawapan daripada pihak MUIP dalam tempoh enam (6) bulan adalah dianggap TIDAK BERJAYA.
- Borang Permohonan Sewaan dan dokumen yang dilengkapkan boleh dihantar kepada alamat berikut:-
PEJABAT PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN HARTA,
MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG,
NO 115 TINGKAT 1, BANGUNAN MUIP JALAN MAHKOTA,
25000 KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR.
TEL : 09-5165120 / 019-9716376 (Whatsapp)
Tarikh : 23 Januari 2025