1. Tawaran adalah dipelawa kepada pembekal-pembekal yang beralamat di Negeri Pahang (keutamaan kepada syarikat Bumiputera yang membayar zakat dengan Pusat Kutipan Zakat Pahang) yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan berkelayakan serta berpengalaman untuk menyertai Sebut harga bagi perkara berikut :
Perihal | Kod Bidang | Taklimat dan Lawatan Tapak | Tarih Tutup |
---|---|---|---|
MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN (TANPA SENJATA API) DI BANGUNAN MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG CAWANGAN RAUB BAGI TEMPOH DUA (2) TAHUN | 220801 | TARIKH : 15 MAC 2024 MASA: 10.00 AM | 28 MAC 2024 |
MUIP/SH/2024/001 | TEMPAT : PEJABAT CAWANGAN MUIP DAERAH RAUB | MASA: 12.00 TENGAHARI |
2. Dokumen sebut harga boleh diperolehi melalui laman web MUIP : www.muip.gov.my bermula pada 13 Februari 2024.
3. Dokumen sebut harga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri, ditulis dengan tajuk serta nombor sebut harga di atas sebelah kiri sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam PETI SEBUT HARGA di alamat berikut :
MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG,
KOMPLEKS ISLAM SULTAN HAJI AHMAD SHAH,
JALAN ISTANA PERMAI, 26600 PEKAN,
PAHANG DARUL MAKMUR
U/P : UNIT ASET, STOR DAN PEROLEHAN
4. Tawaran hendaklah sah sehingga sembilan puluh (90) hari dari tarikh tutup sebut harga.
5. Permohonan dianggap tidak berjaya sekiranya tidak menerima sebarang jawapan selepas 2 bulan dari tarikh iklan ditutup.
6. Sebarang pertanyaan berkaitan sebut harga ini boleh berhubung dengan Unit Aset, Stor dan Perolehan, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.
Tarikh : 6 Mac 2024