π—£π—˜π—Ÿπ—”π—π—”π—₯ π—Ÿπ—˜π—£π—”π—¦π—”π—‘ 𝗦𝗣𝗠 𝗠𝗔𝗗π—₯𝗔𝗦𝗔𝗛 π—§π—”π—›π—™π—œπ—­ & π—£π—’π—‘π——π—’π—ž π—‘π—˜π—šπ—˜π—₯π—œ π—£π—”π—›π—”π—‘π—š π——π—œπ—₯π—”π—œπ—žπ—”π—‘ 𝗣𝗔𝗗𝗔 π— π—”π—π—Ÿπ—œπ—¦ 𝗔𝗣π—₯π—˜π—¦π—œπ—”π—¦π—œ

pelajar-pelajar-tahfiz

KUANTAN, 14 April 2026 ( Selasa ). Majlis Apresiasi Pelajar Lepasan SPM Tahun 2025 daripada Maahad Tahfiz, Madrasah dan Pondok Negeri Pahang telah diadakan dengan jayanya. Majlis ini telah diadakan bertempat di Auditoriun Tuanku Canselor, Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah ( UNIQSAAS ). Program ini bertujuan bagi meraikan pelajar-pelajar yang telah berjaya lulus dan […]

KEBAWAH DULI PADUKA BAGINDA SULTAN PAHANG BERKENAN BERANGKAT KE MESYUARAT MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG KALI KE-198

kdpb-tuanku-mesyuarat

Pekan, 6 April 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenaan berangkat ke Mesyuarat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Kali Ke-198. Sebelum mesyuarat dimulakan, Kebawah Duli Paduka Baginda berkenan menyampaikan Titah Diraja sempena Mesyuarat Majlis Ugama Islam dan Adat […]

πŒπ”πˆπ 𝐒𝐀𝐋𝐔𝐑 π’π”πŒππ€ππ†π€π π‘πŒ πŸπŸ“πŸ• π‘πˆππ” 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 πˆπ‡π˜π€’ π‘π€πŒπ€πƒπ€π πŒπ€π€π‡π€πƒ π“π€π‡π…πˆπ™, πŒπ€πƒπ‘π€π’π€π‡ 𝐃𝐀𝐍 ππŽππƒπŽπŠ ππ„π†π„π‘πˆ 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”

sumbangan-ihya-ramadan

PEKAN, 26 Februari 2026 / 8 Ramadan 1447H – MUIP menyalurkan sumbangan sebanyak RM 257 ribu kepada semua maahad tahfiz, madrasah dan pondok berdaftar Negeri Pahang Gimik penyampaian sumbangan tersebut disampaikan oleh Y.Bhg. Ustaz Khairudin bin Hussin selaku Pengarah Bahagian Agihan Zakat Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang Simbolik penyerahan tersebut telah diserahkan […]

SIDANG MEDIA PENGUMUMAN KADAR ZAKAT FITRAH NEGERI PAHANG 1447H / 2026M

sidang-media-zakat-fitrah

Pekan, 10 Februari 2026 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) telah mengadakan sidang media bagi pengumuman rasmi kadar zakat fitrah Negeri Pahang tahun 1447H / 2026M yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MUIP, YH. Tok Muda Dato’ Haji Ahmad Hairi bin Haji Hussain. Kadar zakat fitrah yang diperkenankan oleh Kebawah Duli […]

KUNJUNGAN HORMAT TERAS KE MUIP PERKASA KERJASAMA STRATEGIK ASNAF

kunjungan-hormat-teras-asnaf

Pekan, 19 Januari 2026 – Kunjungan hormat daripada Lembaga Pengarah dan Pengurusan Tertinggi Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd. (TERAS) ke Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) merupakan langkah memperkukuh hubungan serta kolaborasi strategik dalam pengurusan dan pembangunan asnaf. Delegasi daripada TERAS seramai 14 orang yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Bakhtiar bin Hussin, […]

MAJLIS PENGHAYATAN ISRAK & MIKRAJ MADRASAH TAHFIZ ZON INDERA MAHKOTA, KUANTAN

hafiz-tahfiz

Kuantan, 17 Januari 2026 – Majlis sambutan dan penghayatan peristiwa Israk dan Mikraj telah diadakan dengan jayanya. Majlis diadakan bertempat di Madrasah Al-Alamiah, Taman Astana Permai, Indera Mahkota Kuantan selaku tuan rumah pada program kali ini. Majlis ini telah menghimpunkan sebanyak 9 buah madrasah dengan jumlah pelajar seramai 120 orang yang terletak di sekitar zon […]

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN PEMBIAYAAN ANAK ASNAF CEMERLANG 2025

Kuantan, 17 Januari 2026 – Seramai 40 penuntut asnaf di Pahang menerima bantuan insentif bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Anak Asnaf Cemerlang 2025 berjumlah RM481,232.49. Bantuan diterima daripada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) itu berdasarkan pencapaian Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) antara 3.00 dan 4.00. Majlis telah […]

BENGKEL PENYASARAN HALA TUJU MUIP 2026

Kuantan, 6 Januari 2026 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) telah menganjurkan Bengkel Penyasaran Hala Tuju MUIP 2026 pada 4 hingga 5 Januari 2026 bertempat di Hotel Grand DarulMakmur, Kuantan. Bengkel selama dua hari ini menjadi wadah penyelarasan pemikiran serta penetapan hala tuju strategik organisasi, melibatkan pengisian merangkumi amanat pengurusan tertinggi […]

β€˜β€™PENDAKWAH ADALAH ASET TERPENTING MUIP DAN BARISAN HADAPAN YANG MEMBAWA MESEJ ISLAM KEPADA MASYARAKAT DENGAN PENUH HIKMAH’’

Kuantan, 24 November 2025 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) hari ini telah menganjurkan Majlis Apresiasi Pendakwah 2025 bertempat di Hotel Grand Darul Makmur, Kuantan, sebagai tanda penghargaan terhadap komitmen, pengorbanan dan khidmat bakti para pendakwah yang berkhidmat di seluruh negeri Pahang. Majlis julung kali ini menghimpunkan seramai 300 orang pendakwah, […]

SAMBUTAN HARI INTEGRITI MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG TAHUN 2025 DAN MAJLIS LAFAZ IKRAR BEBAS RASUAH(IBR) BERSAMA ANAK SYARIKAT KUMPULAN

KUANTAN , 18 NOVEMBER 2025 β€” Sambutan Hari Integriti Peringkat MUIP bagi Tahun 2025 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Hotel Grand Darul Makmur. Majlis ini adalah hasil kerjasama erat antara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Pahang. Hari Integriti ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai nilai-nilai integriti dalam kalangan warga kerja MUIP dan anak […]

Carta Organisasi Majlis
Skip to content